Universiti Awam Malaysia

Institusi pengajian tinggi utama negara yang menyokong pembangunan ilmu.

Refleksi Tetamu Telaah

Minda-minda yang telah berkongsi suara di medan wacana.

img

“Tanggungjawab ini perlu diambil bukan sahaja di peringkat pengurusan tetapi peringkat bahagian juga perlu memainkan peranan membudayakan amalan membaca dan penelaahan buku ini” — YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Ketua Setiausaha KPT, Kementerian Pendidikan Tinggi

img

“Idea Telaah ini saya bawakan hasil perbincangan bersama YAB Perdana Menteri, dengan tujuan memupuk budaya membaca yang lebih proaktif dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira apa jua genre atau bidang, budaya membaca perlu disemai sejak usia kecil lagi. Hanya dengan ilmu, kita mampu melakukan perubahan dan membawa pembaharuan. Saya yakin, budaya ilmu akan menjadi tunjang yang mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdaya saing dan dihormati.” — YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi

img

“Membaca ialah jambatan yang menghubungkan minda dengan dunia yang luas; ia membentuk insan yang lebih kritis, berpengetahuan, dan bersedia membuat keputusan yang bijaksana” — YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi

41

Judul Buku Ditelaah

57

Jemputan Wacana

11,670

Tontonan Audio Siar