Anda boleh mendapatkan teks penuh melalui dua kaedah dalam Portal PERMATA:
Kaedah 1: Teks Penuh Harta Intelek
Pilih Sumber Maklumat > Online Resources > Teks Penuh Harta Intelek.
Tandakan Pengisytiharan Penggunaan dan klik SETUJU.
Cari bahan menggunakan kata kunci yang berkaitan.
Klik Download untuk memuat turun teks penuh atau Request untuk memohon pendigitalan bahan.
Permohonan pendigitalan mengambil masa 5 hari bekerja. Notifikasi akan dihantar ke e-mel rasmi UiTM anda.
Kaedah 2: Permohonan Pendigitalan
Pilih Perkhidmatan > Pembelajaran & Penyelidikan > Permohonan Pendigitalan, kemudian masukkan pautan bahan yang disalin daripada bar alamat pelayar. Contoh: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144978/
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi pustakawan di 03-5544 3793.
1. Memberi keutamaan fakta, statistik dan kesimpulan yang mempengaruhi tugasan atau keputusan anda.
2. Membuat carian semula dan baca sumber asal sekiranya AI memetik atau merumuskan karya lain. Gunakan sumber yang telah disahkan sebagai rujukan akademik anda.
3. Pastikan dakwaan disokong oleh bukti dengan membuat perbandingan kenyataan AI dengan penerbitan ilmiah, pangkalan data perpustakaan atau sumber rasmi. Pastikan sumber benar-benar menyokong dakwaan tersebut dalam konteks yang betul.
4. Semak angka dan petikan dengan data asal. Baca petikan bersama teks sekelilingnya untuk memastikan perkataan dan maksud asal tidak berubah.
5. Membuat pemeriksaan tarikh penerbitan, sama ada versi lebih baharu atau versi lama yang sudah tidak relevan.
6. Membuat perbandingan dakwaan melalui sumber berwibawa yang tidak sekadar menyalin maklumat daripada sumber yang sama. Teliti sebarang percanggahan sebelum membuat kesimpulan.
7. Membuat penilaian semula dengan andaian dan konteks yang mungkin tertinggal. Pastikan kesimpulan AI tidak melampaui perkara yang disokong oleh bukti.
8. Pastikan penerbitan benar-benar wujud dan padankan tajuk, pengarang, tahun serta DOI dengan rekod asal untuk kesahihan sumber. AI boleh menghasilkan rujukan yang kelihatan sah tetapi sebenarnya rekaan atau tidak tepat.
PERINGATAN: Jawapan AI yang lancar dan meyakinkan tidak semestinya tepat. Sahkan maklumat penting sebelum menggunakannya.
Kertas peperiksaan boleh diakses melalui Portal PERMATA UiTM. Layari https://permata.uitm.edu.my/ → pilih Information Resources / Sumber Maklumat → Exam Paper / Kertas Peperiksaan → buat carian menggunakan kod atau tajuk kursus.
Nota: Koleksi ini menyediakan kertas soalan peperiksaan terdahulu sahaja dan tidak menyediakan skema jawapan. Sekiranya kertas yang diperlukan tidak ditemui, pengguna boleh mendapatkan bantuan melalui perkhidmatan Chat with Librarian PTAR di pautan https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
Perpustakaan UiTM menyediakan pelbagai koleksi bahan digital seperti eBook, e-Journal, pangkalan data elektronik, tesis, kertas peperiksaan terdahulu (EQPS), repositori dan sumber digital lain. Jumlah koleksi adalah dinamik dan sentiasa dikemas kini. Pengguna boleh membuat carian bahan digital melalui https://permata.uitm.edu.my/
Koleksi buku bercetak kami berjumlah kira-kira 805,059 naskhah.
Bahan arkib merangkumi koleksi warisan dan sejarah UiTM. Jumlah semasa: 26,716.