BUKU TELAAH
Rubrik Penaksiran Kemahiran Insaniah
Youtube Views: 225
ABSTRAK BUKU
Buku Rubrik Penaksiran Kemahiran Insaniah ini diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM, dan merupakan salah satu terbitan pertama di Malaysia yang memberi tumpuan khusus kepada penilaian kemahiran insaniah (soft skills) pelajar dalam konteks pendidikan tinggi dan juga peralihan ke alam pekerjaan. Buku ini membincangkan beberapa elemen utama kemahiran insaniah seperti komunikasi, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat, keusahawanan, etika & nilai profesional, serta kepimpinan. Selain itu, buku ini turut menyajikan panduan “rubrik penaksiran” yang membolehkan pengajar atau penilai mengukur tahap penguasaan setiap elemen kemahiran insaniah secara sistematik dan objektif, dengan tujuan supaya pelajar dapat memperbaiki aspek yang lemah serta membangunkan kemahiran insaniah mereka ke tahap yang lebih tinggi.
📚 PROGRAM TELAAH
-
TUAN SAYED MUNAWAR SAYED MOHD MUSTAR
PENGARAH INSTITUT PENYELIDIKAN PEMIKIRAN DAN KETAMADUNAN ISLAM, AL-HADY CENTRE, DAN PENGARAH URUSAN KOTA BUKU
PENGARAH INSTITUT PENYELIDIKAN PEMIKIRAN DAN KETAMADUNAN ISLAM, AL-HADY CENTRE, DAN PENGARAH URUSAN KOTA BUKU
-
YBHG. PROFESOR DATO’ DR. MOHAMMAD SHATAR SABRAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)