BUKU TELAAH

Rumah Kelantan tiang 12

Pengarang : Johan Ariff Ismail
ISBN : 9786294890206
Penerbit : Penerbit UMK
Tahun Penerbit : 2024
Pageview : 108
Youtube Views: 840

ABSTRAK BUKU

Buku Rumah Kelantan Tiang 12: Sebuah Perjuangan Memartabatkan Warisan adalah sebuah dokumentasi yang amat berharga kepada pencinta warisan Alam Melayu kerana Rumah Kelantan Tiang 12 ini adalah antara yang masih mampu diperlihatkan kepada generasi muda serta pengkaji seni bina Melayu Kelantan. Ia dibina pada tahun 1870 di pinggir Sungai Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Menuang yang terkenal sebagai lokasi pembuat tembaga di Kelantan. Memiliki buku ini adalah umpama memasuki sebuah gapura 150 tahun lampau kerana di dalamnya penulis turut berkongsi warisan hidup dan elemen-elemen warisan yang terkait dengan sesebuah struktur rumah yang menjadi titik mula sebuah kehidupan orang Melayu Kelantan pada waktu tersebut. Apa yang menariknya ialah lokasi asal rumah yang berhampiran dengan Masjid Muhammadi, Pasar Lama Kubang Pasu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar ditambah lagi ia bertentangan dengan Masjid Lama Kampung Laut di seberang sungai. Secara langsung lokasi asalnya mempengaruhi kepada pelbagai cerita warisan sejarah yang cukup berharga kepada Rumah Kelantan Tiang 12 ini.

📚 PROGRAM TELAAH

Tarikh : 13 Ogos 2025
Lokasi : Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan
KEMUDI
  • ENCIK MOHD FAIZAL RAMLI
    PENSYARAH KANAN
    FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA UITM CAWANGAN KELANTAN
PANEL WACANA
  • YBRS. ENCIK JOHAN ARIFF ISMAIL
    PROFESOR ADJUNG
    FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA UITM CAWANGAN KELANTAN

Video

Ulasan Komuniti

“Perkongsian yang santai tapi sarat dengan perkongsian mengenai keindahan.. Filosopi.. Keunikan.. Seni bina Rumah Melayu Kelantan”

— Nordelina Zulkarnain, 13 Ogos 2025

“Perkongsian adiguru yang tak ternilai dari sudut polyglot ilmu tentang Rumah Kelantan Tiang 12”

— Dr Muslim Ismail, 14 Ogos 2025

Tinggalkan Ulasan

img