BUKU TELAAH
MEMBUDAYAKAN INOVASI MELESTARIKAN KREATIVITI
Youtube Views: 783
ABSTRAK BUKU
Inovasi merujuk kepada proses atau hasil penciptaan sesuatu yang baharu dengan melakukan perubahan yang signifikan terhadap sesuatu yang sedia ada, baik dalam bidang produk, proses atau kaedah. Ini mencakupi pengembangan kepada idea-idea baharu, penemuan teknologi baharu atau penggunaan yang lebih efisien menerusi sumber tenaga yang ada untuk menciptakan nilai tambah terhadap inovasi yang ingin dihasilkan. Bidang inovasi dalam KIK terbahagi kepada dua jenis iaitu Inovasi Sosial dan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan yang terdiri daripada dua kategori iaitu Inovasi Penciptaan dan Inovasi Penambahahbaikan. Fasa penghasilan, Pengiktirafan, dan Pengembangan; merupakan kunci dalam memastikan projek inovasi dapat dibangunkan, diiktiraf dan diterapkan secara meluas. Setiap fasa ini memerlukan perancangan, sokongan sumber dan strategi yang berkesan dalam memastikan kejayaan dan impak jangka panjang inovasi yang dihasilkan.
📚 PROGRAM TELAAH
-
SITI ROHAYU MOHMAD YUSOF
PUSTAKAWAN KANAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
-
EN. DARUS KASIM
PENSYARAH SAMBILAN
PUSAT KOKURIKULUM, UITM -
ENCIK AL-BAKRI MOHAMMAD@AHMAD
PENSYARAH KANAN
FAKULTI SAINS MAKLUMAT, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA -
PUAN AZURA ABDUL JAMIL@KAMARUDZZAMAN
PENSYARAH KANAN
FAKULTI SAINS MAKLUMAT, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Galeri
Video
Ulasan Komuniti
“Buku Membudayakan Inovasi, Melestarikan Kreativiti menekankan kepentingan membentuk budaya inovasi yang berterusan dan memelihara kreativiti dalam pelbagai bidang kehidupan, sama ada dalam konteks pendidikan, organisasi, mahupun masyarakat. Tajuknya yang padat dan bersemangat mencerminkan mesej utama buku ini — bahawa inovasi dan kreativiti bukan sekadar idea, tetapi suatu amalan yang perlu dipupuk secara berterusan untuk menghasilkan impak positif.”