Cover
description
Teks Penuh Tesis
Perancangan perlaksanaan sistem pengurusan maklumat bersepadu di kerajaan tempatan / Jamil Saimon
Pengarang
Jamil Saimon
Tahun
1994
Kategori
FULL TEXT THESIS
Fakulti
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Penerbit
Student Project
Ringkasan
Organisasi Kerajaan Tempatan pula adalah merupakan badan yang memberikan kemudahan, perkhidmatan, perancangan yang meliputi aspek perbandaran yang menyeluruh. Aktivitinya adalah berbagai selaras dengan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Peranannya bertambah mencabar dari masa kesemasa dan berbagai usaha diperlukan untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan. Keperluan untuk mempertingkatkan perkhidmatan sektor awam melalui teknologi maklumat disedari sejak kebelakangan ini dan pentadbiran awam kian mendesak untuk mematerialisasikan perubahan tersebut adalah melalui Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu dimana ianya merupakan satu sistem yang dirangka secara menyeluruh untuk membantu memudahkan lagi pentadbiran sesuatu organisasi. Sistem ini perlu direka dan rekaannya bergantung kepada berbagai bentuk penggunaan samada pihak swasta mahupun awam. Walaubagaimana pun, sistem maklumat bersepadu ini mempunyai beberapa keperluan penting di dalam perlaksanaannya selain daripada komponen komputer yang melibatkan perkakasan, kakitangan, tatacara, dan maklumat.
Log masuk diperlukan untuk muat turun.