Cover
description
Teks Penuh Tesis
Bumbung traditional. Konsep dan Falsafah / Jahasnum Jaafar
Pengarang
Jahasnum Jaafar
Tahun
1984
Kategori
FULL TEXT THESIS
Fakulti
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Penerbit
Student Project
Ringkasan
Rumah-rumab Melayu Tradisional selalunya dinamakan mengikut bentuk bumbung yang digunakan seperti Limas, Perak, Panjang Adik-beradik dan sebagainya. Kita tidak boleh lari dari kenyataan ini kerana dari bumbunglah, identiti rumah itu wujud. la bukan hanya dapat memberikan suatu bentuk bangunan tetapi juga dapat menceritakan budaya bangsa, orang yang mendiami rumah itu. Inilah adalah kerana, tiap-tiap bumbung mempunyai ciri-ciri khas yang membezakan di antara mereka. Seperti Bumbung Fanjang, ia mempunyai berbagai-bagai jenis dan boleh dikatakan bampir tiap-tiap negeri mempunyai jenisnya yang tersendiri dengan ciri-ciri khas yang membezakan mereka. Dari sini dapatlah kita mengetahui budaya bangsa penghuninya. Ini tidak ujud pada mada sekarang dengan rumah batu yang serba moden, ia tidak mencerminkan bangsa budaya penghuninya. Kita tidak dapat menentukan dengan sekali imbas bangsa apakah yang mendiami rumah itu, samada India, China ataupun Melayu. Si manakah letaknya kebanggaan keturunan dan kebudayaan masing-masing? Seperti Rumah Melayu Tradisional, ia bukan hanya dapat mencerminkan bangsa apa yang mendiami rumah itu, tetapi juga dari negeri manakah asalnya dan kebudayaannya. Ini bukan khas buat orang-orang Melayu sahaja tetapi juga kaum-kaum lain. Dari sini kita sudah dapat melihat keistimewaan bumbung tradisional. Itu hanyalah salah satu aspek mengenai bumbung tetapi adakah lain-lain aspek seperti konsep agama ataupun kepercayaan yang ditunjukkan di dalam bumbung? Adakah ia semata-mata sebagai suatu elemen yang memberi perlindungan? Adakah falsafah bertanggungjawab dalam pembentukan bumbung tradisional? Inilah perkara-perkara yang akan cuba dijawab di dalam topik,"BUMBUNG TRADISIONAL''- Konsep dan Falsafah.
Log masuk diperlukan untuk muat turun.