Teks Penuh Tesis
Orientasi perubahan sosio-ekonomi nelayan terhadap peralihan cara hidup. Kes Kajian : Penempatan semula nelayan Kandis, Bachok / Ismail Daud
Pengarang
Ismail Daud
Tahun
1985
Kategori
FULL TEXT THESIS
Peringkat
Degree
Fakulti
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Penerbit
Thesis
Ringkasan
Kajian ini dijalankan berasaskan kepada kerounduran taraf penghidupan yang terdapat di kalangan nelayan yang tlnggal di luar bandar khususnya kaum nelayan bumiputra. Mereka-mereka ini adalah terdiri daripada golongan pekerja yang menjadi nelayan, iaitu awak-awak kepada taukeh atau lain-lain tuanpunya bot, sebagai pekerja upahan. Selain daripada pekerja-pekerja ini terdapat juga para nelayan yang bekerja sendiri dengan hanya
menggunakan pancing dan rawai .
Di Semenanjung Malaysia, kira-kira 54.9% daripada ketua isirumah nelayan merupakan pekerja-pekerja upahan iaitu sebagai awak-awak, 43.9% bekerja sendiri dan 1.2% terdiri daripada mereka-mereka yang bekerja dalam jenis lain aitu mereka-mereka ini adalah terdiri dari tuanpunya bot yang tidak bekerja sendiri . Kadar keseluruhan nelayan di Semenanjung Malaysia 48,000 orang. Daripada jumlah ini 68% atau 15,800 ada terdapat di Pantai Timor Semenanjung Malaysia. 35% daripada jumlah ini adalah terdiri daripada yang berpendapatan isirumah kurang daripada $150.00.
Log masuk diperlukan untuk muat turun.